Kadang-kadang aku cinta kau macam budak kecil.
Mata memukau,
Nafas dalam setiap hembusan perkataan.
Aku tak boleh nak salahkan kau,
Walau bagaimana aku mencuba.
Kadang aku sinis membenci,
Menghina sekilas pandang,
Putus asa dalam keheningan.
Aku yakini diriku,
Aku tidak memerlukanmu.
Kadang aku seperti rakan,
Tertawa tersenyum,
Gurauan ejekan penuh santai ceria.
Berdansa, memilik hidup waktu denganmu.
Kadang aku ingin kau seperti pelacur,
Mengoyak pakaian,
Membiarkan perasaan memenangi diri mengalahkanku.
Ciuman dan sentuhan,
Membawaku ke awangan.
Kadang aku memerlukan kau seperti bayi baru lahir,
Menangis,
Takut dalam gelap
Aku kesepian tanpa kau di sisi.
Tapi aku tahu kau akan memiliki aku seperti aku,
Seorang anak, seorang sinis, teman ...
Seperti aku bayi
Atau ketika keinginanku berubah menjadi api membara.
Aku tahu cintamu hanya untukku jua
Dan itu satu-satunya hal yang aku perlukan,
Untuk ke arah belakang,
Aku terjatuh rapi dalam pelukkanmu
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Penulis Jejaka Jaket Hitam hadir menulis kerana cinta pada teks, muzik, seni, dan kisah kehidupan.
Friday 4 March 2011
Cinta, Benci, Mahu, Perlu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
tak paham bhse puitis2 niey.. dr awal bce mmg tak paham ..kah3 =)
ReplyDeletelet it flow to your nerves bro
ReplyDeleteBahasa berkias...sejuta tafsiran..
ReplyDelete