Saturday 12 March 2011

#prayforjapan


Jepun - Daratan mentari terbit, Kini merombak rasa segempa bumi; berdoalah



Dapatkah kau rasakan dunia sedang bergoncang?
Saudara & saudari kita sedang bergelut dengan ketakutan

Pernahkah kau melihat apabila air mendadak naik?
Ternyata tidak, mungkin ibubapa kau pernah ataupun
bakal anak-anak kau nanti

Manusia tidak mengerti
Tidak ada dalam sekerut wajah
Tetapi memang mudah untuk kita tidak ambil peduli
Planet ini! yang kita semua berkongsi
Tolonglah, fikirkanlah tentang satu keluarga besar
Dan berdoalah...

Apa yang memisahkan kita adalah
Bukan seperti yang kau fikirkan
Gambarkan seorang yang kau sayangi
Apabila ada peluang
Bagitau mereka kau sayangi mereka
Fikirkan pasal mereka
Dan berdoalah...


Rasakan darah
Mengalir segenap pembuluh darahmu
Sesuatu yang kau pasti tahu
Ini sebabnya kau perlu menyayangi
Kerana itu mungkin kita
Sepantas hanaya termampu kau
Dan berdoalah...

Kau tidak mampu merasa dunia bergoncang
Kau tak mampu melihat air naik mendadak

Tetapi kau masih mampu berdoa...

#prayforjapan

Friday 4 March 2011

Pentingnya perbezaan

Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini pasti memiliki perbezaan. Walau dilahirkan kembar ataupun dilahirkan kerana perbezaan hanya beberapa waktu.
 Berbeza..
 Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu bersimpuh dengan perbezaan. Perbezaan seringkali menjadi pemacu masalah yang berlanjutan menjadi konflik bila kita memahami, mengatasi dan memahami dengan cara yang tidak tepat.
 Walaupun secara hakikat, manusia itu sama, tetapi tak pernah ada manusia yang benar-benar sama dalam segala hal. Kemiripan wajah, kesamaan hobi, atau ikatan batin dan pertautan rasa yang kuat pun tidak menjadikan kita sama dengan mereka atau aku adalah dia dan kamu adalah saya. Kita berbeza dan memiliki perbezaan kerana perbezaan adalah harmoni yang membuat hidup kita lebih bererti.


 Di dalam perbezaan, tersimpan erti untuk di mengerti. Dengan perbezaan, kita mampu merasakan makna kebersamaan, sehingga kita memahami bahawa perbezaan adalah alasan untuk sebuah pengertian.
 Perbezaan merupakan keadaan, sifat dan karakter yang diciptakan Tuhan dengan tujuan agar manusia saling mengenal, berinteraksi, saling memahami dan memberi manfaat satu sama lain. Memahami dan menghalusi perbezaan dan memang bergantung kepada cara pandangan kita terhadap perbezaan tersebut.
 Allah SWT menciptakan alam semesta dengan segala keunikan perbezaan. Allah menciptakan pula keanekaragaman dalam satu jenis penciptaan semua spesies katak. spesies burung, tanaman, dan bahkan kita manusia.
 Dia menciptakan perbezaan agar ciptaan dapat saling mengenal dan membentuk harmoni.

 Perbezaan ditinjau dari sisi ragam usul, pendapat, hingga pengkaji-pengkaji terkadang jika kita tidak cerdas dalam menyiasat dan memahami akan berhujung dengan konflik. Sikap saling menentang dan bertengkar ini mudah sekali memicu pertengkaran. Walaupun pertengkaran itu hanya terjadi di meja makan ataupun di meja diskusi. Tetap saja hanya akan menciptakan efek kelelahan. Lelah hati, lelah pemikiran. Kelelahan dapat memicu kekecewaan. Kekecewaan adalah medan magnet bagi kedengkian.
 Di dalam kumpulan suatu Masyarakat terkadang perbezaan pendapat kerap kali dianggap sebagai musuh dan belum menjadi sebuah kebiasaan dalam suatu masyarakat.


Pengalaman adalah sebagai guru yang terbaik. Hampir selalu dijadikan faktor terdepan segala sesuatu sudah pasti.
Pengalaman kerap selalu dijadikan faktor terdepan dalam menentukan sebuah keputusan, walau ada benarnya. Namun semua itu tidaklah selalu. Faktor pengalaman selalu merujuk kepada faktor budaya, adat, masa lalu, orang yang lebih dituakan, faktor usia yang dijadikan standard ukuran dalam menentukan sebuah keputusan, serta kenyataan hidup yang pernah dialami mahupun dikisahkan oleh seseorang agar menjadi pertimbangan dalam menentukan mahupun mengambil sikap dan keputusan.

Namun, semua itu tidaklah selalu menjadi ukuran. Masih ada faktor lain, faktor ditinjau dari sisi religion (Agama, Syariah/tidaknya), Faktor Dasar Hukum, Faktor dari unsur/hal yang tak terduga. Sehingga menjadikan kita selalu dan terus selalu berfikir melingkar.  Kerana pada dasarnya kita belum terbiasa menerima segala sesuatu perbezaan itu dengan sepenuh hati. Semua usul harus selalu diutamakan. Walaupun terkadang, yang menjadi pengambil keputusanlah yang berhak menentukan usul tersebut diterima atau tidaknya, atau kesepakatan dalam voting lah yang menjadi dasar dalam pengambilan keputusan.

So,  let's we're Think Out of The Box.

Oleh kerana itu, tahap awal yang harus kita miliki. Belajarlah dalam berbeza pendapat dan carilah persamaannya. 

Bukankah Orang yang berbeza pendapat itu bagus. ( jika tutur kata, penyampaian lisan,ekspresi yang dilakukan dengan baik, bijak, dan santun)  Kalau semua pendapatnya sama... buat apa dilakukan berkumpul?


Sebagai contoh jika di dalam suatu  diskusi berkumpul. dan semua pendapat adalah sama. Buat apa kita dilibatkan mengikut & dilaksanakan pendapat?? Cukup seorang saja.
Bukankah..
Kita perlu pendapat yang berbeza supaya dapat menambah wawasan kita.
Kita perlu pendapat yang berbeza supaya dapat mengukur pendapat kita (Benar atau tidaknya)
Kita perlu pendapat yang berbeza supaya kita semakin kukuh & kuat

 Contoh lain di dalam sebuah keluarga:
*
Ayah ingin kerusi putih
Ibu ingin kerusi biru
Anak ingin kerusi hijau.
Penyelesaian yang terpenting adalah kerusi. Persamaannya, yang terpenting, kerusi.
 Perbezaan pendapat orang tua dengan anak adalah sebuah kewajaran. Yang harus diperhatikan adalah etika. Tidak mungkin semuanya harus selalu persis sama kerana ukuran saja sudah berbeza, Berbeza umur, status pun juga berbeza. Yang terpenting tujuan adalah SAMA.

 Contoh lain dalam sebuah bangunan. jika tidak ada yang berbeza bahan-bahan, maka sebuah bangunan tidak akan terjadi jika hanya didominasi bahan pasir saja. Carilah ilmu yang baik. Beza pendapat boleh. namun, janganlah menimbulkan permusuhan.

Jangan berbohong di alam maya ( bcroom.net )

Sebenarnya tulisan kali ini, mengenai chatroom BCR.. asyik2 aku kena dengan bebudak chat2 kat situ... Aku tahu aku jenis yang menyampah orang nak bersahabat dalam dunia maya nih.. Hehe.. Dan aku hanyalah nak jadi aku... Salah ke???????? 

Dan kali ini aku nak ceritakan satu kisah menarik.  Cerita tentang sepasang suami isteri, bertengkar hebat.

Memudahkan cerita, keduanya pun berpisah tidak tinggal serumah lagi. Untuk mengusir kesepian, keduanya mencuba mencari hiburan dengan masuk ke alam maya (dunia chatting). Keduanya pun berhasil menemukan pasangan masing-masing di dunia maya.

Si isteri meluahkan pada 'pasangan'-nya tentang problem hidupnya, begitu juga si suami pada awek chatting-nya.

Mereka pun akhirnya ( setelah lama berhubung maya dengan pasangan masing-masing ) sepakat untuk berjumpa. Fikir si isteri, pasti lelaki chatting-ku ini orang baik, sudah begitu memberi perhatian padaku. Si suami juga berfikiran sama, awek chat ini pasti lebih baik dari isteriku yang dulu, dan lebih cantik.

Hari pertemuan pun ditentukan, tempatnya di bandar, masing-masing memakai baju dengan warna yang telah dipersetuju. Si isteri datang dulu di bandar menunggu lelaki chat-nya. Si suami berpacu jantung, bagaimana wajah calon isteri keduanya.

Waktu berjalan merayap, setelah hampir 1 jam, si isteri dari jauh melihat lelaki berjalan ke arahnya dengan tanda pengenalan yang dipersetujui -warna bajui. Sementara, si suami yang juga, melihat tanda awek chat-nya di kerusi penghujung kali. Dia pun berlari ke arah wanita itu. Di tempat lain, si isteri melihat ada lelaki bergegas mendekati kepadanya.

Dan setelah mendekati dan bertemu rupa, yang terjadi adalah kejutan yang luar biasa, ternyata teman awek chat si suami itu, adalah isterinya sendiri ! Si isteri pun tak kalah terkejut setelah tahu lelaki chat-nya adalah suaminya sendiri.

Yang terjadi setelah itu adalah tragedi, pertengkaran memalukan terjadi di bandar dengan hebat, masing-masing merasa dibohongi oleh pasangan chat-nya.

Sesudah itu, berakhir dengan perceraian memilukan yang membuat si isteri seketika pengsan di tempat pertemuan.

Satu kisah di antara jutaan kisah yang terjadi berawal dari dunia maya.

Sebenarnya, perbezaan antara dunia nyata dengan dunia maya tipis sekali, itu jika kita mahu memerhati dengan penuh perhatian.

Kadang orang menjadikan dunia maya sebagai pelarian (escapism) dari dunia nyata, macam JJH la... Jejaka Jaket Hitam.. menganggap hanya mainan semata, yang tanpa sedar justeru masuk pada permasalahan baru. Admin-admin BCR, aku mintak maafla banyak2 kalau gaya bicaraku tidak diterima terumata Jejaka Terhangat... 2 kali kau muncul kat entri blog aku kali nih....

Sebab?  Bagaimanapun, semua pelaku adalah manusia yang memiliki hati.

Aku sama sekali tidak yakin jika chat kita merasa biasa saja, pasti terkadang ada perasaan bahagia, sedih, marah, kagum, cemburu, bahkan jatuh cinta. Bukti dari itu, tidak sedikit di antara kita yang mahu chat. Makan tidak enak, tidur tidak tenang, dan sebagainya. Atau sebaliknya, bergantung keadaan psikologi kita.

Istilah kehidupan di dunia maya pun tidak berbeza jauh dengan dunia nyata, di sana juga ada istilah cyber crime, criminal. Peraturannya juga ada. Bezanya hanya semuanya bermain di khayalan kita, namun persamaannya (dan ini point yang paling penting) sama-sama berpengaruh pada psikologi, perasaan dan rasa hati kita.

Kita iri pada teman maya kita, sombong pada mereka, bahkan benci dan dendam, yang secara tidak sengaja malah mengotori hati kita. Sayangnya, kita banyak mengabaikan hal ini, ah! cuma dunia maya, tiada yang benar.

Suatu sikap yang boleh  berubah menjadi pedang bermata dua. Dan yang paling membahayakan bagi proses pembersìhan hati dan jiwa kita di dunia maya, adalah BERBOHONG.

Sumber dari segala kehancuran kita, adalah sikap bohong. Nabi sendiri pernah berkata, bahawa seorang mukmin itu tidak berbohong, walau berzina walau mencuri. Kerana iman dan kebohongan tidak pernah bersatu.

Tetapi kebanyakan di antara kita, lebih memilih berbohong saat di dunia maya. Kita sanggup membohongi teman kita (waktu yang sama,dia pun sanggup bohong pada kita) Dan tak jarang bohong itu membahayakan, merugikan dan mengecewakan bagi kita atau teman kita.

Sebenarnya, apakah sukar untuk jujur? dan sudah jadi hukum alam, kejujuran tidak pernah merugikan.

Memalukan jika kita mengaku muslim, tapi kita sanggup membohongi saudara muslim. Kita semua pasti tahu, salah satu tanda sikap hipokrit adalah, waktu berbicara selalu berbohong.

Akhir diari, yang perlu dituntut dari kita, adalah muhasabah diri. Penjernihan hati dan jiwa tidaklah mudah. Jalan cukup berliku, apalagi jika kita terjun ke dunia maya, bersiap-siaplah untuk lebih tabah pada hati, jika kita tidak ingin jiwa kita bergeledak tanpa kita pernah terasa. Terima kasih Jejaka Terhangat banned aku kat chat http://bcroom.net/

- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur

Cinta, Benci, Mahu, Perlu

Kadang-kadang aku cinta kau macam budak kecil.
Mata memukau,
Nafas dalam setiap hembusan perkataan.
Aku tak boleh nak salahkan kau,
Walau bagaimana aku mencuba.


Kadang aku sinis membenci,
Menghina sekilas pandang,
Putus asa dalam keheningan.
Aku yakini diriku,
Aku tidak memerlukanmu.


Kadang aku seperti rakan,
Tertawa tersenyum,
Gurauan ejekan penuh santai ceria.
Berdansa, memilik hidup waktu denganmu.


Kadang aku ingin kau seperti pelacur,
Mengoyak pakaian,
Membiarkan perasaan memenangi diri mengalahkanku.
Ciuman dan sentuhan,
Membawaku ke awangan.


Kadang aku memerlukan kau seperti bayi baru lahir,
Menangis,
Takut dalam gelap
Aku kesepian tanpa kau di sisi.


Tapi aku tahu kau akan memiliki aku seperti aku,
Seorang anak, seorang sinis, teman ...
Seperti aku bayi
Atau ketika keinginanku berubah menjadi api membara.


Aku tahu cintamu hanya untukku jua
Dan itu satu-satunya hal yang aku perlukan,
Untuk ke arah belakang,
Aku terjatuh rapi dalam pelukkanmu 


- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla 
@Kuala Lumpur

Aku cinta kau sejauhmana aku benci kau

Aku cinta kau sejauhmana aku benci kau,
Sila pergi dari pandanganku,
kau bukanlah untukku,
Kita berborak,


Kita berasmara,
Kita bermain,
Dan kita berdua tidak mengaku cinta sesama sendiri,
Kenapa kau membuatku jadi gila?


Kau miliki semua mimpiku,
Kau miliki pemikiranku,
PERGI! PERGI! PERGI!
Aku menangis untukmu,


Aku menjerit sedalam teriakan paru-paruku untukmu,
Berhenti jadi dirimu,
Jangan sampai berjumpa lagi,
Aku nak kau mati,


Tanpa kau aku tidak dapat hidup,
Aku berlagak biasa di hadapanmu,
Aku juga memberi pelukan nyata biasa,
Tetapi,... aku nak selanjutnya,


Aku nak kau,
Tetapi kau haram bagiku,
Sesuatu yang aku tak boleh sentuh, lihat, dan dekati,
Benci! Aku cinta kau, tetapi aku tak tahu,


Aku ingin memelukmu dan berbisik di telingamu,
" Aku benci kau "


- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla 
@Kuala Lumpur

Thursday 3 March 2011

Cerita tentang Blogger Chat Room

Okay, update waktu pagi.... waktu subuh..  tadi aku diperkenalkan dengan satu chat komuniti untuk blog... bcr.. oleh Gadis Terbilang... salah seseorang beberapa orang rakan blogger yang baru aku kenal dan sahabat blogger aku... Kembali kepada Bcr agak menarik.. tetapi selalu putus2 sebab connecton internet aku kot? walaupun aku baru lagi dengan dunia blog yang aku tak kenal sangat... setakat nih... aku cuba nak merapatkan jurang antara aku dan blogger-blogger yang ada.. cuba nak memperkenalkan nama Jejaka Jaket Hitam kepada dunia blogger-blogger Malaysia kat luar sana... Aku nak terangkan kan eh kat sini... aku bukan sangat nak jadi blogger tegar! Korang jangan nak tunjuk lagak korang macam dah blogging beberapa tahun.. Aku cuma nak menulis... hitam biarlah hitam... putih biarkan puth... Jangan korang pertikaikan kewujudan aku..

Tujuan sebenar aku bukak blog nih untuk aku bekarya.. tetapi macam tak sesuai... DAN aku tak kesah kau sape , aku sape... ini blog aku...  korang tegur aku accept, korang kutuk aku kutuk balik. aku cuba terbaik untuk menjadi terbaik untuk diri aku.... Berkenaan dengan BCR. Aku salute bebudak yang buat laman chat tuh. Agak berguna dan bermanfaat untuk blogger baru macam aku. Thank you guys! You all the best.

Dan aku perasan ada seorang blogger yang hampir sama dengan nama aku. Jejaka Terhangat tadi.... siapakah dia?? Sebab nama jejaka tu je aku ingin nak tau... Untuk entri permulaan blog aku.. aku akan banyak bercerita pasal aku.. Korang yang bertandang kat sini, dah baca tuh tau2 la klik like! okay? and follow aku... kalau tak aku potong jari korang... hahah!

Dan aku ucap terima kasih jugaklah kepada sesiapa yang add fb aku tadi.. aku ucap jutaan terima kasih.. Sungguh bnyak isu yang aku tak paham, isu pasal vlogger, 1tube.my sahabat blogger yang aku cuba inginkan tahu... kalau korang rasa korang otai sangat blogger dunia blogger Malaysia habis korang tau aku nak korang citer kat aku.. Dan aku baru tahu yang blogger-blogger Malaysia nih jiwa taman bunga sikit. Beberapa isu kecik macam tuh pun sensitif. Apalah korang blogger... kalau pompuan takpe, nak je aku panggil korang bapok! hahah! Ambik yang baik, buang yang buruk, makan hati nih tak baek... baik ko isap rokok der..

Kepala pun lepas tensi.. Dan aku sungguh tak paham blogger kena jadi famous? Tunjuk jar aku macam mana nak jadi femes?? .... hm. macam nak jual diri pulak... weih! aku nak femes! aku nak femes! nanti ramai pompuan syok kat aku.. orang komen aku banyak! pembaca blog aku banyak. sungguh sux la korang blogger jenis macam nih... sampah..

- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur