Kadang-kadang kita perlu
untuk meninggalkan seseorang untuk menjalani kehidupan sendiri
Pasti menyakitkan dirimu
untuk menjalani itu seorang diri
Tetapi, dengan tidak mengetahui apakah mereka gembira
adalah berita terbaik yang kau dengar?
Tidak mengetahui si dia gembira
membuatkan hidupmu sentiasa ceria?
Jika kau betul-betul menyayangi seseorang
dan terpaksa membiarkan dia pergi
sila ingatilah sentiasa
bahawa yang kau akan selalu tahu...
Mereka selalu menyayangimu
seperti sebagaimananya selalu itu
Mereka selalu menyayangimu
di dalam mimpi-mimpi harimu
Kerana kau takkan menyerah
atas segala harapan dan impianmu...
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Penulis Jejaka Jaket Hitam hadir menulis kerana cinta pada teks, muzik, seni, dan kisah kehidupan.
Friday, 20 May 2011
Mungkin hanya hadir dalam mimpimu
Dengarkan patah hati
Satu juta lelaki seperti aku.
Satu juta perempuan seperti engkau.
Satu juta perhubungan yang akan berakhir sama seperti itu.
Aku merasa itu melebihi satu juta kali patah hati.
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Saturday, 12 March 2011
#prayforjapan
Jepun - Daratan mentari terbit, Kini merombak rasa segempa bumi; berdoalah
Dapatkah kau rasakan dunia sedang bergoncang?
Saudara & saudari kita sedang bergelut dengan ketakutan
Pernahkah kau melihat apabila air mendadak naik?
Ternyata tidak, mungkin ibubapa kau pernah ataupun
bakal anak-anak kau nanti
Manusia tidak mengerti
Tidak ada dalam sekerut wajah
Tetapi memang mudah untuk kita tidak ambil peduli
Planet ini! yang kita semua berkongsi
Tolonglah, fikirkanlah tentang satu keluarga besar
Dan berdoalah...
Apa yang memisahkan kita adalah
Bukan seperti yang kau fikirkan
Gambarkan seorang yang kau sayangi
Apabila ada peluang
Bagitau mereka kau sayangi mereka
Fikirkan pasal mereka
Dan berdoalah...
Rasakan darah
Mengalir segenap pembuluh darahmu
Sesuatu yang kau pasti tahu
Ini sebabnya kau perlu menyayangi
Kerana itu mungkin kita
Sepantas hanaya termampu kau
Dan berdoalah...
Kau tidak mampu merasa dunia bergoncang
Kau tak mampu melihat air naik mendadak
Tetapi kau masih mampu berdoa...
#prayforjapan
Friday, 4 March 2011
Cinta, Benci, Mahu, Perlu
Kadang-kadang aku cinta kau macam budak kecil.
Mata memukau,
Nafas dalam setiap hembusan perkataan.
Aku tak boleh nak salahkan kau,
Walau bagaimana aku mencuba.
Kadang aku sinis membenci,
Menghina sekilas pandang,
Putus asa dalam keheningan.
Aku yakini diriku,
Aku tidak memerlukanmu.
Kadang aku seperti rakan,
Tertawa tersenyum,
Gurauan ejekan penuh santai ceria.
Berdansa, memilik hidup waktu denganmu.
Kadang aku ingin kau seperti pelacur,
Mengoyak pakaian,
Membiarkan perasaan memenangi diri mengalahkanku.
Ciuman dan sentuhan,
Membawaku ke awangan.
Kadang aku memerlukan kau seperti bayi baru lahir,
Menangis,
Takut dalam gelap
Aku kesepian tanpa kau di sisi.
Tapi aku tahu kau akan memiliki aku seperti aku,
Seorang anak, seorang sinis, teman ...
Seperti aku bayi
Atau ketika keinginanku berubah menjadi api membara.
Aku tahu cintamu hanya untukku jua
Dan itu satu-satunya hal yang aku perlukan,
Untuk ke arah belakang,
Aku terjatuh rapi dalam pelukkanmu
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Aku cinta kau sejauhmana aku benci kau
Aku cinta kau sejauhmana aku benci kau,
Sila pergi dari pandanganku,
kau bukanlah untukku,
Kita berborak,
Kita berasmara,
Kita bermain,
Dan kita berdua tidak mengaku cinta sesama sendiri,
Kenapa kau membuatku jadi gila?
Kau miliki semua mimpiku,
Kau miliki pemikiranku,
PERGI! PERGI! PERGI!
Aku menangis untukmu,
Aku menjerit sedalam teriakan paru-paruku untukmu,
Berhenti jadi dirimu,
Jangan sampai berjumpa lagi,
Aku nak kau mati,
Tanpa kau aku tidak dapat hidup,
Aku berlagak biasa di hadapanmu,
Aku juga memberi pelukan nyata biasa,
Tetapi,... aku nak selanjutnya,
Aku nak kau,
Tetapi kau haram bagiku,
Sesuatu yang aku tak boleh sentuh, lihat, dan dekati,
Benci! Aku cinta kau, tetapi aku tak tahu,
Aku ingin memelukmu dan berbisik di telingamu,
" Aku benci kau "
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Sunday, 27 February 2011
Melabel? Aku adalah siapa aku
Saturday, 26 February 2011
Dalam kau meragu cintamu
Hidup ini ibarat empat penjuru sebungkus rokok
Hidup ini ibarat empat penjuru sebungkus rokok.
Digoda oleh ilusi kemegahan - pakej king size dengan lencana anggun, implikasi yang menarik terhadap kebesaran dan kekayaan, dengan saranan halus tersendiri...
Rokok adalah kepuasaan...
Kerajaan dan sahabat sejati
Dan akui semua itu adalah dusta.
Berusaha untuk menarik perhatian anda
Sisi lain dari perbincangan, ditulis dalam huruf tebal membosankan hitam dan putih.
Sebuah kenyataan
Rapi sedikit tentera kematian
Cuba membunuh
Itu adalah kebenaran.
Oh!, kecantikannya memperdayakan sampai mati
Aku ketagihan nada manis puntungnya.
Yang bermula berakhir manis pahit,
Dan yang pahit mulai berakhir manis.
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur.
Terlanjur mencintai takkan ada
