Friday 4 March 2011

Pentingnya perbezaan

Setiap orang yang dilahirkan di muka bumi ini pasti memiliki perbezaan. Walau dilahirkan kembar ataupun dilahirkan kerana perbezaan hanya beberapa waktu.
 Berbeza..
 Dalam kehidupan sehari-hari, kita selalu bersimpuh dengan perbezaan. Perbezaan seringkali menjadi pemacu masalah yang berlanjutan menjadi konflik bila kita memahami, mengatasi dan memahami dengan cara yang tidak tepat.
 Walaupun secara hakikat, manusia itu sama, tetapi tak pernah ada manusia yang benar-benar sama dalam segala hal. Kemiripan wajah, kesamaan hobi, atau ikatan batin dan pertautan rasa yang kuat pun tidak menjadikan kita sama dengan mereka atau aku adalah dia dan kamu adalah saya. Kita berbeza dan memiliki perbezaan kerana perbezaan adalah harmoni yang membuat hidup kita lebih bererti.


 Di dalam perbezaan, tersimpan erti untuk di mengerti. Dengan perbezaan, kita mampu merasakan makna kebersamaan, sehingga kita memahami bahawa perbezaan adalah alasan untuk sebuah pengertian.
 Perbezaan merupakan keadaan, sifat dan karakter yang diciptakan Tuhan dengan tujuan agar manusia saling mengenal, berinteraksi, saling memahami dan memberi manfaat satu sama lain. Memahami dan menghalusi perbezaan dan memang bergantung kepada cara pandangan kita terhadap perbezaan tersebut.
 Allah SWT menciptakan alam semesta dengan segala keunikan perbezaan. Allah menciptakan pula keanekaragaman dalam satu jenis penciptaan semua spesies katak. spesies burung, tanaman, dan bahkan kita manusia.
 Dia menciptakan perbezaan agar ciptaan dapat saling mengenal dan membentuk harmoni.

 Perbezaan ditinjau dari sisi ragam usul, pendapat, hingga pengkaji-pengkaji terkadang jika kita tidak cerdas dalam menyiasat dan memahami akan berhujung dengan konflik. Sikap saling menentang dan bertengkar ini mudah sekali memicu pertengkaran. Walaupun pertengkaran itu hanya terjadi di meja makan ataupun di meja diskusi. Tetap saja hanya akan menciptakan efek kelelahan. Lelah hati, lelah pemikiran. Kelelahan dapat memicu kekecewaan. Kekecewaan adalah medan magnet bagi kedengkian.
 Di dalam kumpulan suatu Masyarakat terkadang perbezaan pendapat kerap kali dianggap sebagai musuh dan belum menjadi sebuah kebiasaan dalam suatu masyarakat.


Pengalaman adalah sebagai guru yang terbaik. Hampir selalu dijadikan faktor terdepan segala sesuatu sudah pasti.
Pengalaman kerap selalu dijadikan faktor terdepan dalam menentukan sebuah keputusan, walau ada benarnya. Namun semua itu tidaklah selalu. Faktor pengalaman selalu merujuk kepada faktor budaya, adat, masa lalu, orang yang lebih dituakan, faktor usia yang dijadikan standard ukuran dalam menentukan sebuah keputusan, serta kenyataan hidup yang pernah dialami mahupun dikisahkan oleh seseorang agar menjadi pertimbangan dalam menentukan mahupun mengambil sikap dan keputusan.

Namun, semua itu tidaklah selalu menjadi ukuran. Masih ada faktor lain, faktor ditinjau dari sisi religion (Agama, Syariah/tidaknya), Faktor Dasar Hukum, Faktor dari unsur/hal yang tak terduga. Sehingga menjadikan kita selalu dan terus selalu berfikir melingkar.  Kerana pada dasarnya kita belum terbiasa menerima segala sesuatu perbezaan itu dengan sepenuh hati. Semua usul harus selalu diutamakan. Walaupun terkadang, yang menjadi pengambil keputusanlah yang berhak menentukan usul tersebut diterima atau tidaknya, atau kesepakatan dalam voting lah yang menjadi dasar dalam pengambilan keputusan.

So,  let's we're Think Out of The Box.

Oleh kerana itu, tahap awal yang harus kita miliki. Belajarlah dalam berbeza pendapat dan carilah persamaannya. 

Bukankah Orang yang berbeza pendapat itu bagus. ( jika tutur kata, penyampaian lisan,ekspresi yang dilakukan dengan baik, bijak, dan santun)  Kalau semua pendapatnya sama... buat apa dilakukan berkumpul?


Sebagai contoh jika di dalam suatu  diskusi berkumpul. dan semua pendapat adalah sama. Buat apa kita dilibatkan mengikut & dilaksanakan pendapat?? Cukup seorang saja.
Bukankah..
Kita perlu pendapat yang berbeza supaya dapat menambah wawasan kita.
Kita perlu pendapat yang berbeza supaya dapat mengukur pendapat kita (Benar atau tidaknya)
Kita perlu pendapat yang berbeza supaya kita semakin kukuh & kuat

 Contoh lain di dalam sebuah keluarga:
*
Ayah ingin kerusi putih
Ibu ingin kerusi biru
Anak ingin kerusi hijau.
Penyelesaian yang terpenting adalah kerusi. Persamaannya, yang terpenting, kerusi.
 Perbezaan pendapat orang tua dengan anak adalah sebuah kewajaran. Yang harus diperhatikan adalah etika. Tidak mungkin semuanya harus selalu persis sama kerana ukuran saja sudah berbeza, Berbeza umur, status pun juga berbeza. Yang terpenting tujuan adalah SAMA.

 Contoh lain dalam sebuah bangunan. jika tidak ada yang berbeza bahan-bahan, maka sebuah bangunan tidak akan terjadi jika hanya didominasi bahan pasir saja. Carilah ilmu yang baik. Beza pendapat boleh. namun, janganlah menimbulkan permusuhan.

Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment