Kadang-kadang kita perlu
untuk meninggalkan seseorang untuk menjalani kehidupan sendiri
Pasti menyakitkan dirimu
untuk menjalani itu seorang diri
Tetapi, dengan tidak mengetahui apakah mereka gembira
adalah berita terbaik yang kau dengar?
Tidak mengetahui si dia gembira
membuatkan hidupmu sentiasa ceria?
Jika kau betul-betul menyayangi seseorang
dan terpaksa membiarkan dia pergi
sila ingatilah sentiasa
bahawa yang kau akan selalu tahu...
Mereka selalu menyayangimu
seperti sebagaimananya selalu itu
Mereka selalu menyayangimu
di dalam mimpi-mimpi harimu
Kerana kau takkan menyerah
atas segala harapan dan impianmu...
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Penulis Jejaka Jaket Hitam hadir menulis kerana cinta pada teks, muzik, seni, dan kisah kehidupan.
Friday, 20 May 2011
Mungkin hanya hadir dalam mimpimu
Dengarkan patah hati
Satu juta lelaki seperti aku.
Satu juta perempuan seperti engkau.
Satu juta perhubungan yang akan berakhir sama seperti itu.
Aku merasa itu melebihi satu juta kali patah hati.
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Saturday, 12 March 2011
#prayforjapan
Jepun - Daratan mentari terbit, Kini merombak rasa segempa bumi; berdoalah
Dapatkah kau rasakan dunia sedang bergoncang?
Saudara & saudari kita sedang bergelut dengan ketakutan
Pernahkah kau melihat apabila air mendadak naik?
Ternyata tidak, mungkin ibubapa kau pernah ataupun
bakal anak-anak kau nanti
Manusia tidak mengerti
Tidak ada dalam sekerut wajah
Tetapi memang mudah untuk kita tidak ambil peduli
Planet ini! yang kita semua berkongsi
Tolonglah, fikirkanlah tentang satu keluarga besar
Dan berdoalah...
Apa yang memisahkan kita adalah
Bukan seperti yang kau fikirkan
Gambarkan seorang yang kau sayangi
Apabila ada peluang
Bagitau mereka kau sayangi mereka
Fikirkan pasal mereka
Dan berdoalah...
Rasakan darah
Mengalir segenap pembuluh darahmu
Sesuatu yang kau pasti tahu
Ini sebabnya kau perlu menyayangi
Kerana itu mungkin kita
Sepantas hanaya termampu kau
Dan berdoalah...
Kau tidak mampu merasa dunia bergoncang
Kau tak mampu melihat air naik mendadak
Tetapi kau masih mampu berdoa...
#prayforjapan
Friday, 4 March 2011
Pentingnya perbezaan
Jangan berbohong di alam maya ( bcroom.net )
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Cinta, Benci, Mahu, Perlu
Kadang-kadang aku cinta kau macam budak kecil.
Mata memukau,
Nafas dalam setiap hembusan perkataan.
Aku tak boleh nak salahkan kau,
Walau bagaimana aku mencuba.
Kadang aku sinis membenci,
Menghina sekilas pandang,
Putus asa dalam keheningan.
Aku yakini diriku,
Aku tidak memerlukanmu.
Kadang aku seperti rakan,
Tertawa tersenyum,
Gurauan ejekan penuh santai ceria.
Berdansa, memilik hidup waktu denganmu.
Kadang aku ingin kau seperti pelacur,
Mengoyak pakaian,
Membiarkan perasaan memenangi diri mengalahkanku.
Ciuman dan sentuhan,
Membawaku ke awangan.
Kadang aku memerlukan kau seperti bayi baru lahir,
Menangis,
Takut dalam gelap
Aku kesepian tanpa kau di sisi.
Tapi aku tahu kau akan memiliki aku seperti aku,
Seorang anak, seorang sinis, teman ...
Seperti aku bayi
Atau ketika keinginanku berubah menjadi api membara.
Aku tahu cintamu hanya untukku jua
Dan itu satu-satunya hal yang aku perlukan,
Untuk ke arah belakang,
Aku terjatuh rapi dalam pelukkanmu
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Aku cinta kau sejauhmana aku benci kau
Aku cinta kau sejauhmana aku benci kau,
Sila pergi dari pandanganku,
kau bukanlah untukku,
Kita berborak,
Kita berasmara,
Kita bermain,
Dan kita berdua tidak mengaku cinta sesama sendiri,
Kenapa kau membuatku jadi gila?
Kau miliki semua mimpiku,
Kau miliki pemikiranku,
PERGI! PERGI! PERGI!
Aku menangis untukmu,
Aku menjerit sedalam teriakan paru-paruku untukmu,
Berhenti jadi dirimu,
Jangan sampai berjumpa lagi,
Aku nak kau mati,
Tanpa kau aku tidak dapat hidup,
Aku berlagak biasa di hadapanmu,
Aku juga memberi pelukan nyata biasa,
Tetapi,... aku nak selanjutnya,
Aku nak kau,
Tetapi kau haram bagiku,
Sesuatu yang aku tak boleh sentuh, lihat, dan dekati,
Benci! Aku cinta kau, tetapi aku tak tahu,
Aku ingin memelukmu dan berbisik di telingamu,
" Aku benci kau "
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Thursday, 3 March 2011
Cerita tentang Blogger Chat Room
Okay, update waktu pagi.... waktu subuh.. tadi aku diperkenalkan dengan satu chat komuniti untuk blog... bcr.. oleh Gadis Terbilang... salah seseorang beberapa orang rakan blogger yang baru aku kenal dan sahabat blogger aku... Kembali kepada Bcr agak menarik.. tetapi selalu putus2 sebab connecton internet aku kot? walaupun aku baru lagi dengan dunia blog yang aku tak kenal sangat... setakat nih... aku cuba nak merapatkan jurang antara aku dan blogger-blogger yang ada.. cuba nak memperkenalkan nama Jejaka Jaket Hitam kepada dunia blogger-blogger Malaysia kat luar sana... Aku nak terangkan kan eh kat sini... aku bukan sangat nak jadi blogger tegar! Korang jangan nak tunjuk lagak korang macam dah blogging beberapa tahun.. Aku cuma nak menulis... hitam biarlah hitam... putih biarkan puth... Jangan korang pertikaikan kewujudan aku..
Tujuan sebenar aku bukak blog nih untuk aku bekarya.. tetapi macam tak sesuai... DAN aku tak kesah kau sape , aku sape... ini blog aku... korang tegur aku accept, korang kutuk aku kutuk balik. aku cuba terbaik untuk menjadi terbaik untuk diri aku.... Berkenaan dengan BCR. Aku salute bebudak yang buat laman chat tuh. Agak berguna dan bermanfaat untuk blogger baru macam aku. Thank you guys! You all the best.
Dan aku perasan ada seorang blogger yang hampir sama dengan nama aku. Jejaka Terhangat tadi.... siapakah dia?? Sebab nama jejaka tu je aku ingin nak tau... Untuk entri permulaan blog aku.. aku akan banyak bercerita pasal aku.. Korang yang bertandang kat sini, dah baca tuh tau2 la klik like! okay? and follow aku... kalau tak aku potong jari korang... hahah!
Dan aku ucap terima kasih jugaklah kepada sesiapa yang add fb aku tadi.. aku ucap jutaan terima kasih.. Sungguh bnyak isu yang aku tak paham, isu pasal vlogger, 1tube.my sahabat blogger yang aku cuba inginkan tahu... kalau korang rasa korang otai sangat blogger dunia blogger Malaysia habis korang tau aku nak korang citer kat aku.. Dan aku baru tahu yang blogger-blogger Malaysia nih jiwa taman bunga sikit. Beberapa isu kecik macam tuh pun sensitif. Apalah korang blogger... kalau pompuan takpe, nak je aku panggil korang bapok! hahah! Ambik yang baik, buang yang buruk, makan hati nih tak baek... baik ko isap rokok der..
Kepala pun lepas tensi.. Dan aku sungguh tak paham blogger kena jadi famous? Tunjuk jar aku macam mana nak jadi femes?? .... hm. macam nak jual diri pulak... weih! aku nak femes! aku nak femes! nanti ramai pompuan syok kat aku.. orang komen aku banyak! pembaca blog aku banyak. sungguh sux la korang blogger jenis macam nih... sampah..
- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur
Sunday, 27 February 2011
Melabel? Aku adalah siapa aku
Saturday, 26 February 2011
Dalam kau meragu cintamu