Sunday 27 February 2011

Melabel? Aku adalah siapa aku



Apa yang kau nampak bila tengok aku?
Adakah sesuatu tertulis di dahiku yang hanya aku yang tidak boleh membaca?
Satu tanda yang nampaknya menghindarkan orang dari aku,
Satu halangan yang tiada sesiapa yang mahu melintasi.

Tertanda garisan kuning, bertanda sesuatu yang masih aku tidak boleh baca
Sesuatu yang aku tidak nampak
Tetapi kau boleh.
Kenapa orang lain melihat tetapi tidak aku?
Adakah tercop pada dahiku?
Yang tidak boleh dibuang seperti lautan di muka bumi?
Adakah wujud satu peraturan yang aku belum baca?
Memberi makna aku tidak boleh membuangnya?


Semakin banyak aku fikir, semakin banyak aku menulis
Semakin ingin aku ingin berhenti.
Aku tidak nampak walau bagaimanapun
Tidak pada cermin

Tidak pada gambar
Atau terpampang video padaku


Orang melihat aku seperti aku adanya
Ada yang menulis, satu label, pada dahiku

Apa yang tertulis pada dahiku?
Penipu?
Pujian?
 Rahsia yang aku simpan?
Atau sesuatu yang tidak dijangka yang aku tidak tahu?

Sekali lagi, semakin aku ingin berhenti
Aku tak boleh tahan cara orang memandang aku
Aku ingin ia berakhir.
Aku ingin berhenti.
Kesakitan, kesengsaraan, konklusi
Ada apa dengan aku?
Mungkin, sesuatu yang aku boleh ubah
Ya, aku boleh tukar
Label boleh hilang
Dengan apa cara sekalipun.
Tak berjaya
Orang masih memandang padaku

Menjeling
Merungut
Melempias
Mungkin kerana sesuatu pada dahiku
Berkata sesuatu yang jahat mengenaiku

Berat aku?
Jantina aku?
Tahap pembelajaran?
Rumah?
Sekolah?
Aku?

Aku ingin berhenti

Sesuatu yang ada pada dahiku.
Aku ingin berhenti
Aku ingin berhenti
Aku ingin berhenti


berhenti

berhenti


berhenti


Aku ingin berhenti


berhenti

berhenti...
Tutup mataku dan menarik nafas...

Masuk...

Keluar...

Masuk...

Keluar...

Aku perasan apa yang aku hilang
Kebenaran yang tersembunyi
Dielakkan
Dibiarkan
Perkara di kepalaku
Apa pun itu
Baik atau jahat
Sesuatu yang aku tidak dapat elakkan
Sesuatu yang pasti akan berlaku
Tetapi...
Sepatut tidak memerintah hidupku

Dan aku berfikir mengenai itu

AKU ADALAH SIAPA AKU

-dan untuk itu aku gembira
Bila mengetahui aku adalah aku
Dan hanya bukti yang aku perlukan


Apa pun itu perkara di kepalaku
Baik atau jahat
Tidak menjadi masalah.

Jika itu pujian
Aku gembira
Jika itu penipuan.
Aku lagi masih gembira
 Jika seseorang mengadili aku
Aku tetap gembira
Kenapa?
Itu bukan masalah
Aku bangga menjadi aku
Aku lahir sebegini rupa
Dan begini tetap saja aku
Sehingga aku mati
Adakah hari ini
Atau esok?
Aku tak pasti
Aku tidak peduli
Setiap hari aku hidup gembira
Kerana aku tahu siapa diriku
Dan jika orang bertanya kenapa aku gembira
Aku akan jawab:-

KERANA AKU ADALAH AKU!
- dan aku bangga untuk itu.

- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla 
@Kuala Lumpur

Related Posts by Categories



1 comment: