Saturday, 26 February 2011

Hidup ini ibarat empat penjuru sebungkus rokok

Hidup ini ibarat empat penjuru sebungkus rokok.

Digoda oleh ilusi kemegahan - pakej king size dengan lencana anggun, implikasi yang menarik terhadap kebesaran dan kekayaan, dengan saranan halus tersendiri...

Rokok adalah kepuasaan...
Kerajaan dan sahabat sejati

Dan akui semua itu adalah dusta.
Berusaha untuk menarik perhatian anda
Sisi lain dari perbincangan, ditulis dalam huruf tebal membosankan hitam dan putih.

Sebuah kenyataan
Rapi sedikit tentera kematian
Cuba membunuh

Itu adalah kebenaran.

Oh!, kecantikannya memperdayakan sampai mati
Aku ketagihan nada manis puntungnya.
Yang bermula berakhir manis pahit,
Dan yang pahit mulai berakhir manis.

- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur.

Terlanjur mencintai takkan ada


Terlanjur mencintai takkan pernah menjadi terbaik, kerana terlanjur itu sentiasa salah..
Berapa banyak orang yang tersungkur kerana terlanjur mencintai? Dan kerana terlanjur mencintai?
Terlanjur mencintai takkan pernah ada.

Cinta ibarat mati;
Samada kau sedang bercinta, atau tidak,
Samada kau mati, atau tidak,
Kerana kau takkan pernah terlanjur mencintai!

Bila kau sedang bercinta, kau perlu mencintai dengan cara dimana kau harus mengenal erti cinta
Tidak perlu kau menambah atau mengurang, kau perlu mencari titik untuk kau berada.
Itu abadi.

- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur 

Persimpangan kini


Dalam pekat malam tiba
Cuba merenungkan apa yang kita ingini
Menyentuh sedalam hati di segenap penjuru hati 
Di mana, di mana fikiran menerima diri
Apakah kita meletak diri dalam kekalutan minda 

Mampukah kita menyelam dalam sesaknya laut
Mampukah kita bertahan tak memaafkan
Apakah kita akan saling kekal menyalahkan

Akhirnya yang kita temui pahitnya persimpangan hati
Di mana, di mana arah tuju
Di dalam keegoan yang menjulang
Harga diri seolah segala... 

- Jejaka Jaket Hitam
Rock n Rolla
@Kuala Lumpur