Saturday 12 March 2011

#prayforjapan


Jepun - Daratan mentari terbit, Kini merombak rasa segempa bumi; berdoalah



Dapatkah kau rasakan dunia sedang bergoncang?
Saudara & saudari kita sedang bergelut dengan ketakutan

Pernahkah kau melihat apabila air mendadak naik?
Ternyata tidak, mungkin ibubapa kau pernah ataupun
bakal anak-anak kau nanti

Manusia tidak mengerti
Tidak ada dalam sekerut wajah
Tetapi memang mudah untuk kita tidak ambil peduli
Planet ini! yang kita semua berkongsi
Tolonglah, fikirkanlah tentang satu keluarga besar
Dan berdoalah...

Apa yang memisahkan kita adalah
Bukan seperti yang kau fikirkan
Gambarkan seorang yang kau sayangi
Apabila ada peluang
Bagitau mereka kau sayangi mereka
Fikirkan pasal mereka
Dan berdoalah...


Rasakan darah
Mengalir segenap pembuluh darahmu
Sesuatu yang kau pasti tahu
Ini sebabnya kau perlu menyayangi
Kerana itu mungkin kita
Sepantas hanaya termampu kau
Dan berdoalah...

Kau tidak mampu merasa dunia bergoncang
Kau tak mampu melihat air naik mendadak

Tetapi kau masih mampu berdoa...

#prayforjapan

Related Posts by Categories



No comments:

Post a Comment